Thursday, May 21, 2009

Rezeki saya...

Cikliah berceloteh lagi....

Rezeki tidak semestinya dalam bentuk material dan wang ringgit sahaja. Cuma macam sedih sedikit kerana rezeki bagi saya adalah kesengsaraan buat orang lain.
Ada seorang teman bertanya bagaimana saya boleh survive berulang-alik dari SU ke KL bertahun-tahun lamanya? Bagi yang sama macam saya mungkin jawapan kita sama atau mungkin berbeza.

Setelah 4 bulan mengucapkan Selamat Tinggal KL, nyata ramai yang mula angkat bendera putih, tidak tahan dengan dugaan ini. Kalau dulu mereka orang yang gembira kerana rumah yang dekat dengan tempat kerja, kini tidak lagi. Almost everyday, ada yang bid farewell yang pastinya membingungkan bosses. Pujukan dan rayuan but the grass is always greener on the other side. Bagi yang sudah tetap hatinya, apa lagi yang bisa menghalang.

Suasana itu menjelma kembali. Tak perlu VSS. Dengan rela hati menarik diri dari percaturan ini. Mungkin this is one of the agenda la kan... (sigh)

As for me, buat masa ini, inilah yang saya idam-idamkan. Dari dulu mengintai peluang untuk ke sini. Pernah sekali tu, one of my colleage resigned to get a better opportunity at Telco C, the other two terbang ke Downunder, my boss discussed face to face tanya apa plan saya so that dia akan prepare backup plan for worse scenario. Bila ramai2 resign serentak mana tak sakit kepala kan.

Saya bagitau my boss, 'Well, I'm not that ambitious... sekarang nie kalau dapat tukar department (masa tu only network and operation yang ada kat sini) so that I can work closer to my house, I dah cukup happy'.
But since it was not a good time for me to transfer to other department, so I stayed. Luckily, tup-tup the new CEO announced semua orang kena pindah. So it is really a rezeki for me. (Big Smile)

But then tak tahulah ada 'jarum' yang lebih tajam yang menyebabkan saya alpa akan rezeki ini. Wallahu'alam.

Saturday, May 16, 2009

Guru Pembina Budaya Bangsa

Cikliah berceloteh lagi....

Selamat hari guru diucapkan kepada semua guru di Malaysia !

GURU PEMBINA NEGARA BANGSA

Bersedia melangkah megah
Walaupun sukar baktiku curah
Demi mu ibu pertiwi
Sumpah ku lafaz janji kukota

Berikrar eratkan bangsa
Kukuhkan cinta kepada Negara
Berjasa terus berjasa
Menyebarkan ilmu tiada batasnya

Guru Pembina Negara Bangsa
Gagah perjuangkan visi Negara
Bangunkan jiwa yang pelbagai rupa
Demi agama dan nusa tercinta

Guru Pembina Negara Bangsa
Tetap Unggul senadakan suara
Sehaluan menggapai matlamatnya
Cemerlang dan gemilangkan Malaysia


Pencipta Lagu : Khairulrizam bin Khalid
Pencipta Lirik : Ili Nurbahirah bt Baharudin
Pengubah Muzik : Marzuki bin Tambi

Sumber




Gambar ciloked from internet. Credit kepada pelukisnya.

Tuesday, May 12, 2009

Syukur

Cikliah berceloteh lagi....

Pagi tadi saya terima SMS dari seseorang yang berbunyi...

"Saja nak sms, saya baru sampai dayabumi wpun keluar 650am, kl semakin jem. Anda patut bersyukur"

Alhamdulillahhhhh....
Kadang-kadang pernah juga untuk ke Glenmarie mengambil masa hampir 45 minit.. sama macam nak gi KL... coollll.....

Sunday, May 10, 2009

Bingkisan Anakanda

Cikliah berceloteh lagi....

Untuk Bonda Sarifah Binti Sambri, jutaan terima kasih yang tidak terhingga buat bonda tersayang. Semoga Allah sentiasa merahmati bonda. Jasa bonda melahirkan dan membesarkan anakanda tidak akan dapat dibalas selamanya.


Sekalung doa buat bonda mertua, Allahyarhamah Hasnah Ani binti Abdul Jalil. Semoga bonda damai di sana. Amin.


Buat anakanda berdua, terima kasih diucapkan di atas titipan kad ucapan sempena Hari Ibu walaupun pada hakikatnya wang yang korang belanjakan untuk membeli kad itu adalah dari kantungku jua... huhuhu....

Semoga kalian sentiasa mendapat rahmat Ilahi dan sentiasa beroleh kesejahteraan.

Buat semua ibu di dunia... Selamat Hari Ibu....

Monday, May 04, 2009

Tok Gayah dalam kenangan

Cikliah berceloteh lagi....

Kita hanya mampu merancang, namun Allah jualah sebaik-baik perancang. Kita mentadbir Allah mentakdir. DariNya kita datang kepadaNya jualah kita dikembalikan.

Pada tengahari Sabtu 2 Mei 2009, saya menerima panggilan telefon dari Encik Berlingo yang ketika itu berada di office, memaklumkan Nendanya yang memang sudah sekian lama sakit telahpun kembali ke rahmatullah. Innalillahiwainnailaihirojiun.

Kami bersiap sekadarnya dan terus bertolak ke utara. Diberitakan jenazah akan diuruskan di Sungai Petani dan kemudiannya dibawa pulang ke Sik untuk dikebumikan. Oleh kerana lewat bertolak dan perjalanan tidak begitu lancar kerana hujan di beberapa tempat, kami tidak sempat sampai sebelum jenazah disemadikan pada pukul 6 petang. Tidak mengapalah. Mempercepatkan urusan pengkebumian itu lebih penting. Menurut ayah mertua yang kebetulan pulang ke Kedah untuk menziarahi kaum keluarga di sana, urusan Tok dipermudahkan. Segalanya berjalan lancar. Alhamdulillah...

Semoga Tok damai di sana. Al- Fatihah.