Friday, August 12, 2005

Gelombang TsuMawi

Wahhhhh.... Mawi juara AF3. Baru betul-betul WORLDDDD !!!!

Mawi yang tersungkur semasa konsert Prelude, diserapmasuk ke AF3 semula lalu bertahan sampai ke konsert terakhir seterusnya menjuarai AF3. Kejayaan yang bersandarkan hanya kepada afundi-afundi dari SMS penonton bukan setakat itu sahaja, malah memenangi kategori AFVOCAL dan AFBAIK untuk vocal terbaik dan persembahan terbaik pilihan penonton.

Ini betul-betul menggambarkan satu fenomena yang digelar TsuMawi. Kerana Mawi, selain tudung, minyak urut, mafla, t-shirt, cap, sebuah majalah khas Mawi World diterbitkan. Malangnya bila AF berakhir dan tuan punya diri keluar dari akademi tersebut, pertikaian mengenai royalti mula heboh diperkatakan. Mawi tidak mendapat satu sen pun daripada hasil jualan barangan tersebut. Betulkah ?
Bagaimana tentang janji penjual-penjual yang menjual barangan tersebut untuk membeli top up bagi mengundi Mawi untuk memastikan Mawi terus kekal dalam carta teratas lalu menjuarai AF3, AFVOCAL dan AFBAIK ?

Jika benar begitu, wajarlah Mawi menutup sebelah mata dalam pencaturan ini. Bagi kes majalah Mawi World pula, saya berharap penerbit benar-benar memberi royalti kepada Mawi sebagaimana yang mereka janjikan ketika mempromosikan majalah tersebut kepada saya di Fruit Galore, PUTRAJAYA.

Wednesday, July 20, 2005

Mawi oh mawiii.....


Lama sungguh tak menarikan jemari ku di sini. Alasan ? Biasalah... sibuk sana sini mengalahkan pak mentei. Tapi memang pon, 'working level" camginilah yang lebih sibuk sebenarnya.....

Demam AF melanda Malaysia lagi. Aku tak sokong sesapa... tapi aku suka Mawi.... kenapa ?
tah lah.... tak geti nak cakap...

Ngantuksss la pulak...
nanti ler sambung

Tuesday, May 24, 2005

Belasungkawa buat seorang bekas pensyarahku...

Buat seorang bekas pensyarah 'AN1042 Kenegaraan Malaysia' ku....
Takziah buat keluarga beliau, Allahyarham Prof. Datuk Dr. Ahmad Fawzi Mohd. Basri. Jawatan terakhir beliau adalah sebagai Naib Canselor UUM.

Semoga rohnya ditempatkan di kalangan mereka yang beriman dan beramal soleh. Aminnnn....

http://www.utusan.com.my/utusan/content.asp?y=2005&dt=0524&pub=Utusan_Malaysia&sec=Dalam_Negeri&pg=dn_01.htm

Friday, May 06, 2005

Yes !!! Hendak seribu daya....

06.05.05

Syukurrrr... Akhirnya setelah beberapa minggu tak pernah masuk office before 8.30 am, hari ni dapat jugak aku access in 8.05 am. Alhamdulillah.....

Kalau hari-hari macam ni kan bagussss... Thong pon terkejut... Why are you so early today? hehehehehe.... boss nieee... :> orang lambat, dia bok bek... orang awal pon kene leter jugak ??? :P

Tuesday, May 03, 2005

Cukai sana...cukai sini...

Teringat tazkirah Ustaz dari GMI kat KLFM hari tu... pada hari semua org sibuk nak submit borang BE. Nak hidup di muka bumi Malaysia nie pun kena cukai. Tapi Allah SWT tidak pernah minta cukai kepada umat manusia atas nikmat yang kehidupan yang DIA beri. Udara... air.. matahari semua diberi tanpa cukai. Allah hanya menyuruh manusia taat dan tunduk pada suruhanNYA. Itu sahaja.

Last week semua orang sibuk pasal mengisi dan hantar borang BE. Semua sibuk mengejar deadline. Memang resam gamaknya... pembayar cukai suka tunggu sehingga saat-saat terakhir. Baru terasa kesibukan dan kemeriahannya kot.. Tahun nie aku cuba mengisi sendiri borang BE itu setelah bertahun-tahun goyang kaki setelah mengisi muka pertama borang B sebelum ini.
Kira punya kira... alamak PCB tak cukup lah... kena bayar lagi RM162 lagi. Aiseh mangggg... mana nak korek duit nie ???
Tapi tak per... Hezli dah tolong check kan... LHDN hutang che lagik RM500 ++.
Masa zaman2 che tak perlu bayaq, HR masih buat potongan gaji utk cukai berjadual.
So kira boleh lah pakai baki kredit yang ada tuh. Tinggai lagik fail cukai la nie terbahagi 2.
Taksir kat fail lain. Bayar kat fail lain.... bagussssss......

Taip-tiap tahun dapat borang J, che dok utang LHDN... padahainya depa yang utang che... iskk...iskkk..... sibbaik ada kawan yang boleh checkkan dekat LHDN sana...

Tahun nie che nak bayaq zakat kat PPZ lah.... boleh dapat rebet...itu hasratku....
Biaq pi lah PPZ nak buat apa pon ngan dhoit tuh...