Tuesday, May 03, 2005

Cukai sana...cukai sini...

Teringat tazkirah Ustaz dari GMI kat KLFM hari tu... pada hari semua org sibuk nak submit borang BE. Nak hidup di muka bumi Malaysia nie pun kena cukai. Tapi Allah SWT tidak pernah minta cukai kepada umat manusia atas nikmat yang kehidupan yang DIA beri. Udara... air.. matahari semua diberi tanpa cukai. Allah hanya menyuruh manusia taat dan tunduk pada suruhanNYA. Itu sahaja.

Last week semua orang sibuk pasal mengisi dan hantar borang BE. Semua sibuk mengejar deadline. Memang resam gamaknya... pembayar cukai suka tunggu sehingga saat-saat terakhir. Baru terasa kesibukan dan kemeriahannya kot.. Tahun nie aku cuba mengisi sendiri borang BE itu setelah bertahun-tahun goyang kaki setelah mengisi muka pertama borang B sebelum ini.
Kira punya kira... alamak PCB tak cukup lah... kena bayar lagi RM162 lagi. Aiseh mangggg... mana nak korek duit nie ???
Tapi tak per... Hezli dah tolong check kan... LHDN hutang che lagik RM500 ++.
Masa zaman2 che tak perlu bayaq, HR masih buat potongan gaji utk cukai berjadual.
So kira boleh lah pakai baki kredit yang ada tuh. Tinggai lagik fail cukai la nie terbahagi 2.
Taksir kat fail lain. Bayar kat fail lain.... bagussssss......

Taip-tiap tahun dapat borang J, che dok utang LHDN... padahainya depa yang utang che... iskk...iskkk..... sibbaik ada kawan yang boleh checkkan dekat LHDN sana...

Tahun nie che nak bayaq zakat kat PPZ lah.... boleh dapat rebet...itu hasratku....
Biaq pi lah PPZ nak buat apa pon ngan dhoit tuh...

No comments: