Wednesday, December 22, 2010

Tak ada rejeki...

Cikliah berceloteh lagi....

Jika diikutkan perancangan awal mungkin hari ini sudah dapat menunaikan umrah di Mekah selepas bermalam di Madaain Salleh satu malam dan di Madinah 3 malam. Namun semua harapan dan impian berkecai bila diumumkan Kerajaan Arab Saudi tidak mahu mengeluarkan visa umrah dan ziarah lagi pada tahun ini kepada rakyat Malaysia.

Memang sedih dan kecewa kerana inilah masa yang dirasakan amat sesuai sekali kerana all of us sedang/dapat cuti. En Azrul apply cuti 5 hari + 5 hari company 'tutup kedai'. Plannya akan berada di Tanah Suci selama 14 hari untuk mengerjakan umrah sekeluarga bersama-sama Tok Wan, Chuma, Busu Hussin, Busu Ena, Neksu dan ramai lagi kaum kerabat dari Melaka. But then, kita hanya mampu mentadbir, Allah jualah yang mentakdir...

As mentioned by the travel agency - Haji JJ, the trip will be postponed to cuti sekolah Mac 2011, which is I think, none of us can make it. Cuti sekolah akhir Mei-awal Jun mungkin sesuai tapi C Ganal bakal menduduki UPSR kelak dan tentunya kelas-kelas tambahan sedang giat berlangsung. If tunggu lagi untuk pergi akhir tahun 2011, most probably masalah yang sama masih akan berlaku ~ visa tak dapat dikeluarkan lagi since jemaah haji Malaysia belum betul-betul clear. Agaknya kena tunggu 2 or 3 tahun lagi if nak pergi hujung tahun Masihi supaya by the time, dah masuk Safar dan jemaah haji dah balik semuanya...

Allah knows the BEST... Mungkin ada hikmah yang menanti...
Semoga segera terubat kekecewaan ini...

No comments: