Tuesday, November 16, 2010

Lemang owhhh lemang

Cikliah berceloteh lagi....

Selamat bertemu kembali... ;)

Cikliah dan pulut mmg tidak dapat dipisahkan... walaupun pada hakikatnya ianya dikatakan tidak begitu baik utk cikliah yang berdarah B+..

Lemang adalah pulut yang dimasak di dalam buluh. Biar pun cikliah hanya tahu makan lemang (tapi pernah juga menyediakan dan membakarnya SEKALI semasa Team Building di Ulu Yam) namun keterujaan cikliah kepada lemang memang tidak dapat disangkal lagi. Semalam, sekali lagi keterujaan cikliah terhadap lemang membawa musibah kecil kepadanya.

9 tahun lalu, keterujaan cikliah terhadap lemang pada malam raya aidil fitri telah membawa kerugian beberapa K kepadanya. Keterujaan cikliah kepada lemang telah menyebabkan dompetnya yang berisi sejumlah wang bagi membeli mesin jahit Singer Putih idamannya sekian lama dan paling malang sebentuk cincin pertunangannya (sehingga kini tidak berganti) dicopek di persimpangan lampu isyarat Simpang Empat Parit Buntar. Cikliah bersama Encik Azrul telah cuba mengejar pencopet yang sedang menunggang motorsikal RXZ dengan merempit menggunakan Honda Cub keluaran tahun 1991. Maka, makan asap sahajalah Cikliah dan Encik Azrul dan akhirnya hanya mampu sampai ke Balai Polis Simpang Lima bagi membuat laporan kecopetan dengan linangan air mata dan perasaan sebal kerana kehilangan cincin dan wangnya itu. Lemang ke mana, dompet ke mana... uhukss... sakitnya masih terasa...

Semalam, selepas pulang dari membeli kanta mata bapanya yang akan menjalani pembedahan mata bagi membuang kataract di Hospital Selayang pada tahun hadapan, Cikliah sekali lagi telah teruja dengan lemang yang dibakar berhadapan Sekolah Teknik Sungai Buloh lalu menyebabkannya tanpa sedar telah melanggar tanda amaran 3 segi yang diletakkan di belakang sebuah lori yang berhenti. Musibah kecil yg menyebabkan kerugian sebanyak RM50 bagi menggantikan tanda amarah yang telah hancur berkecai dirodok Myvinya itu. Aduhhhh.... Alhamdulillah, cikliah tidak sempat merodok lori yang park sesuka hati di atas jalan... entah rosak atau sengaja berhenti di situ, kerana keterujaannya kepada lemang-lemang yang sedang dibakar itu.... sama seperti cikliah....

Dear reader(s), ~ jika ada

Selamat Hari Raya AidilAdha... kepada yang memandu pulang ke kampung atau kemana jua, drive safely, come back in one piece... ;)

5 comments:

miloaiskurangmanis said...

salam sol...
alahai.... kesedihan di pagi hari membaca kesh sol...

salam aidil adha buat sol sekeluarga

Anonymous said...

eh darah kita samalah B+! calit arr..

KC

working mom... said...

alahai kak..keterujaan yg tidak dpt disangkal lagi..heheheh

mak encik | SZ said...

sama kumpulan darah la kita kak!

ooo salam takziah atas musibah itu...pasni rebus lemang segera je la nmpknya ye...

mimiejibam said...

suh berlingo masuk meminang sekali lagi...dapat la ganti cincin tunang yg ilang itu... hehehe....