Awal pagi tadi semasa menguruskan anak-anak ke sekolah, kedengaran bunyi SMS masuk. Tapi tak sempat tengok. Hanya ketika telefon berbunyi, barulah sempat kelih ke SMS yang diterima. Panggilan tidak sempat dijawab. Ketika itu saya ambil kesempatan meneliti kandungan SMS.
Sangat terkejut menerima berita dari teammate mengatakan dia sekeluarga warded ke Ampang Puteri due to prolonged high fever. Sememangnya CP on medical leave since last Thursday. Suaminya dan anak kecilnya positif Influenza A. Suspected H1N1. Saya harap sangat it's NOT. Mereka telah diberi rawatan tamiflu.
Panggilan yang terputus tadi rupanya dari another officemate, Y yang ingin bertanyakan pendapat should her isolate herself in the mean time kerana dia paling banyak deal dengan CP sebelum CP bercuti sakit. Dia agak gusar kerana sepanjang 2 hari bercuti di hujung minggu, temperaturenya sedikit naik. Saya hanya dapat menasihatkan dia supaya mengambil langkah berjaga-jaga dan cepat berjumpa doktor sekiranya dia masih demam. Saya sendiri sebenarnya sudah 3 minggu diserang selsema dan batuk yang on-off. So far tiada demam. Saya risau juga kerana saya yang asthamtic merupakah antara kumpulan yang berisiko tinggi.
Sesampai di office saya dimaklumkan another teammate yang duduk di sebelah saya, Sharil juga dikhabarkan sedang mengalami demam yang sangat tinggi hingga terpaksa dimasukkan air. Sharil ketika ini berada di kampungnya.
Saya berdoa semoga CP sekeluarga terutama anak kecilnya, Iman dan juga Sharil dapat melalui dugaan dan ujian ini dengan tabah. Semoga mereka cepat sembuh. Dan saya amat harap ini bukan angkara H1N1.
Boss took extra precaution dengan meminta pengurusan office membekalkan mask kepada semua staff in our division. Since last week, everyone yang masuk office either staff or visitor kena screening dulu. Staff will be screened twice a day, pagi and after lunch kena amik temperature.
Since saya diketahui telah lama 'menyimpan sakit' boss menasihatkan saya lebih berjaga-jaga dan segera membuat thorough check up sekiranya masih tidak sihat. Thanks boss. I will.
Oleh kerana keadaan saya yang sangat alergik, dan kerap selsema saya tertanya-tanya bagaimana untuk membezakan samaada simptom yang dialami adalah selsema biasa(cold) atau flu ?
Daripada website tamiflu.com saya menemukan perbezaan antara cold dan flu. Mungkin boleh dijadikan panduan dan informasi pada semua orang kerana saya faham keadaan orang yang sceptical pada orang-orang seperti saya. Bahkan C Haloi yang inherit penyakit saya ini turut menerima tempiasnya.
But then as per disclaimed by tamiflu.com
DISCLAIMER: This is not a substitute for a professional, on-site medical
diagnosis. However, you can use the printable symptoms results for discussion
with your doctor or other healthcare professional during your visit to aid in a
professional diagnosis.
wajarlah dirujuk kepada doktor juga bagi simptom yang dialami.
Ya Allah, kepadaMU tempat kumengadu dan kepadaMU tempat aku meminta pertolongan. Jauhkanlah aku dan kaum keluargaku serta seluruh umat manusia daipada penyakit berjangkit ini. Amin Ya Rabbal Alamin...
4 comments:
moga2 sdh sihat & boleh berceloteh lg..
Alhamdulillah kak CP ok.. really hope they can be discharged soon. sian bebudak kecik terperuk kat sepital.. kak awa pun, take care!
Salam ramadan al mubarak
samalah cik liah.. kita pun kumpulan yg sama gak.. skrg2.. supplement & honey tu memang dah rutin dah..semoga kita semua dilindungiNya.
~kiss~
Post a Comment