Friday, November 03, 2006
Berpindah
Wednesday, December 14, 2005
Menunggu bibik
Hari-hari Aleeya bertanya tatkala isu bibik dibincangkan, "Bila bibik nak datang bu?".
"Entah... tanya ayah. Ayah yang uruskan tu.. " balasku.
"Hujung minggu ni..." ayahnya menjawab....
Wah... dah nak sampai ye bibik nie... Banyak benda tak buat lagi ni. Bilik bibik, standard kebersihan rumah belum set up lagi.... emmmmm.... banyak nak kena buat ni...
Errrr... MyKad pun belum buat lagi ni. Adoiiii... memang nak kena ambik cuti extra nampak gayanya. Aleeya pulak next week dah start cuti sekolah. Kalau bibik tak sempat datang pun, either nak kena cuti or hantar dia ke TTAM School Break Programme sama dengan kakak Ika. Tapi nak kena bayar full jugak ke? RM230 ????
emmmm.... import opah lagi la kot..... tok deme hospitalised lagi since semalam. Plan asal mintak tolong tok jagakan kalau opah balik semula ke kampung. Dah tok pulak sakit. Nak buat cammana kan....
emmmmmmmmm......
Kalau... kubilang kalau (bak kata Kefli..prappppp..... dalam Extended diary AF3)
TTAM - kakak 230
TPetronas 110
TTAM -adik 230
-------
570
====
Tuesday, November 29, 2005
Yang Tercinta
Friday, September 23, 2005
Lawak antarabangsa
he he he he he......
Thursday, September 15, 2005
Antara 2 Vs Antara 2 Cinta
Antara 2 Cinta
Apa yang ada jarang disyukuri
Apa yang tiada sering dirisaukan
Nikmat yang dikecap
Baru kan terasa bila hilang
Apa yang diburu timbul rasa jemu
Bila sudah di dalam genggaman
Dunia ibarat air laut
Diminum hanya menambah haus
Nafsu bagaikan fatamorgana
Di padang pasir
Panas yang membahang disangka air
Dunia dan nafsu bagai bayang-bayang
Tuhan,
Leraikanlah dunia yang mendiam di dalam hatiku
Kerana di situ tidak kumampu
Mengumpul dua cinta
Hanya cintaMU kuharap tumbuh
Dibajai bangkai dunia yang kubunuh
Hanya cintaMU kuharap tumbuh
Dibajai bangkai dunia yang kubunuh

errrrr..... bagaimana jika Mawi merakamkan kembali lagu ini di dalam album solonyer ? ;;)
ahhhhhh...... dunia.....

