Saturday, January 12, 2013

Budi Tanah

Cikliah berceloteh lagi....



sukun



pisang tumbang 
buahnya masih kecil



hasil tuaian ~ sukun dan jantung pisang tumbang diberi kepada kak cik


Friday, January 11, 2013

Adaptasi Novel

Cikliah berceloteh lagi....

Drama lapan puluh episod Adam dan Hawa telah pun melabuhkan tirainya. Since ia ditayangkan di saluran Astro Mustika HD, aku hanya dapat menontonnya beberapa kali di tv semasa mula2 ditayangkan atau ketika astro gelong. Selebihnya online saja bila ada yang bermurah hati mengupload ke Daily Motion. Tak subscribe lorrr... Itupun masih banyak episod yang tertinggal.

Lakonan Aaron Aziz dan Nadiya Nissa sebagai teraju utama memang mantap. Aaron yang kukenal ketika drama Emil Emilda bersama Sharifah Amani terbukti sangat berkarisma sebagai pelakon yang hebat, sementelah telah dinobatkan sebagai pelakon paling popular pada tahun 2012 menerusi lakonan mantapnya dalam filem Ombak Rindu bersama Maya Karin. Popularitinya terus meniti dari bibir ke bibir penggemar filem dan drama tempatan dengan penampilan hebatnya sebagai pelakon utama dalam beberapa buah drama adaptasi novel yang lain seperti gandingan hebatnya bersama Siti Saleha dalam Nora Elena dan beberapa buah drama dan filem yang lain.

 Aku sebagai seorang peminat novel Melayu tegar, seterusnya menyarankan agar ada produksi yang dapat mengadaptasi novel "MAID" terbitan Kaki Novel ke layar perak. Novel tu pun best jugak. ;)

Monday, December 03, 2012

Klise

Cikliah berceloteh lagi....

Asal citer korea mesti ada DNA test..
Asal ada DNA test mesti result jatuh ke tangan watak antagonis...

Weiyo?
Saja jer kan.. memanjangkan cerita.. kalau tidak tak boleh jadi panjang berjela..
 tak boleh jadi telenovela... anyi... tv novel...

Asal citer korea ada scene piggyback... ingat korang jer reti kok'ko ? Kita orang pun tau arrrr... tapi kalau hat tua2 bangka tak der sapa sior nak mengok'ko... bebudak okay laa...

 Anneyong gaseyo....

 

Sunday, June 10, 2012

Kafarah

Cikliah berceloteh lagi....

Susah benor teman nak mendapatkan bantuan bagi menyispkan projek teman ni yea... ermmm.. teman pikior pikior pikior... ape ke heinyer yea... susah bebenor nak dapat bantuan rakyat bermasalah ni.
errrmmm... pikior punye pikior... teman pk mungkin la ada kaitannya dengan pembalasan atas sikap teman selama ini terhadap permintaan bantuan esp ex lecturer teman dulu masa dorang conduct their research. Deme anto questionaires beberapa copies to alumnus mintak tolong jawabkan.. tp teman memandang sepi jer... last sekali terlupa. Udah le sampul surat untuk balasan semula tu udah siap bersetem. Memang tak baik betoikan teman... teman kena cari balik sampul surat tu. Pos balik setem2 tu semua... adehhh...adehhh... ini ke balasan untuk teman.... uhuksss...

Ampunkan lah dosa2 ku Ya Allah... Aku akan cari balik semua setem2 tu utk diberikan semula kepada tuan yang empunya. Meskipun sudah beberapa tahun berlalu... aku harap setem2 tu boleh digunakan semula sekiranya mereka mahu membuat research baru pulak.

Datin Dr pun ada pesan, sapa2 yang nak buat research tu, bayor le barang RM10 kepada responden. Dan bagi sampul surat bersetem untuk jawapan balas. Baru le deme ada perasaan nak tolong jawabkan questionaires tu. Bagi yang amik duit tu tapi tak jawab, hati dia mmg kering ler... uhukks... akukah itu? Tapi hari tu idak ler deme bagi aku duit ke apa. Sampul surat bersetem jer....

uhuksss... Ampun ... ampun... ampun....

~masih dalam misi mencari PHP expert~

Thursday, June 07, 2012

Cuti sekolah Jun 2012

Cikliah berceloteh lagi....


Mereka di sini ...



Aku? Di rumah saja...
Cuba menyiapkan projekku ini demi mendapatkan segulung pengiktirafan...
Harap semua ini cepat berakhir... Tabahlah hati... Kuatkan semangat..

Tahun lepas pun sama... mereka hanya dapat "spent" time cuti sekolah di tempat-tempat berhampiran dengan rumah saja. Hanya dapat bercuti ke Pullman Putrajaya. Kugagahkan diri turut serta meskipun ketika itu sangat sibuk menyiapkan term papers dan assigments yang overdue already. Akukah yang benak atau memang "study" pada usia tua ini sememangnya sukar?

Dan kenapa lah cuti sekolah mesti pada saat2 aku sedang sibuk teramat. Pada ketika due date sangat hampir? Last Dec aku menemani percutian ke Bandung dengan perasaan dan fikiran yang sendat sekali. Sibuk nak exam... sibuk dengan termpapers dan assignments... aduhaiiii...

Last Tuesday, mengadap SV dengan niat nak mintak postpone submission of the project report ni. Tapi SV tak setuju. Dia suruh buat jugak... Kuatkan semangat katanya. Kalau postpone lagi.. extend lagi next semester... end up tak siap2 langsung.

Dah la this weekend sorang lagi my young cousin akan melangsungkan perkahwinan. Risau tak sempat siap reportku ini, aku putuskan untuk tidak pulang meraikannya. Sebagaimana aku juga telah terlepas my other 2 (my side) + 2 (hubby's side) cousins' wedding before.

Still dengan alasan yang sama. Kesibukan melanda. Aduhaiiii... bagaimana kalau sebab2 ini tidak berbaloi?

Ya Allah... tabahkan lah hatiku.. Kuatkan semangatku... fizikalku...spiritualku... jasmani... rohani... Agar dapat kucapai hasrat dan cita-citaku...

Amin Ya Allah...
Amin Ya Rahman...
Amin Ya Rabbal Alamin...


~070620121606~