Rasanya bulatlah hati saya untuk meneruskan talian hayat blog ini instead of membuangkannya jauh-jauh. Tetapi tak tahu lah sama ada vitamin R atau virus M yang bakal mendominasi hati dan sanubari. :P
Harapnya biarlah redup sampai ke petang. Panas sangat kang, tak best jugak kan... so biarlah redup aja...;)
Cuma saya terfikir, bila ramai orang suka berblog termasuk YB-YB pun pakat menulis blog, blog akan menjadi unsur biasa dan tawar. Atau ini lah trend terbaru manusia beramah mesra di alam maya.
But for me ini sebahagian nukilan rasa dan sebagai cara untuk release tension. Ala-ala terapilah kononnya. Atau menjadi tanda ingatan sesuatu peristiwa dan kejadian.
Yang baik buat teladan, yang jahat jadi sempadan.
Tuesday, April 15, 2008
Monday, April 07, 2008
Yang mana satu ?
Tengok orang berblog, aku pun nak berblog. Tak cukup di blogger. Di blogdrive pun aku belasah gak create account. Sebabnya, blogger payah diaccess dari opis satu ketika dulu. Nowadays, admin tak sibuk-sibuk nak block pulak access to blogger. Fotopages yang paling rajin kuupdate.
Rasanya Hi-5 pun ada. Friendster pun. Yahoo 360 pun ada. Pehhhh....
Yang mana satu nie ? heheheheheh
http://hailawaz.blogspot.com/
OR
http://cikliah.blogdrive.com/
OR
http://cikliah.fotopages.com/
Yang mana satu ??????
Rasanya Hi-5 pun ada. Friendster pun. Yahoo 360 pun ada. Pehhhh....
Yang mana satu nie ? heheheheheh
http://hailawaz.blogspot.com/
OR
http://cikliah.blogdrive.com/
OR
http://cikliah.fotopages.com/
Yang mana satu ??????
Saturday, February 09, 2008
Cuti-cuti Malaysia - Kalumpang
Budget sederhana.
2D1N @ Kalumpang Training & Resot for RM200 is considered moderate. Facilities okay la tapi best sebab ada beberapa perkara "first time" atau "pertama kali" yang dibuat di sini.
Antaranya :-
1) .. kasi anjing makan.
2) .. naik 4 wheel drive for a quite an adventourous journey... naik bukit turun bukit yang curam untuk ke mata air panas di lembah bukit banjaran titiwangsa.
3) ..rendam kaki dan badan dalam kolam air panas.
Malam pergi JJCM ke Bandar Tanjung Malim. Since dah penat belasah jek order nasi putih and ayam goreng kunyit then menyakitkan tekak sebab kering belaka. Adik yang tak mengantuk bangat mengamuk-ngamuk dalam Cafe Kunyit Asli (katanya tanpa sedar) tak mahu makan dan memilih untuk menyambung tidur dalam kereta sahaja. Pada mulanya nak carik MCD tapi dah round satu Tanjung Malim sampai sesat ke Bernam Jaya tak ada jumpa. Lastly dorang setuju nak makan burger tepi jalan aja. Itu yang tak sempat makan dan tertidur. Lepas makan dan bayar ternampak notis yang menyatakan semua masakan adalah original dan tidak menggunakan MSG. Promosi yang bagus bagi pelanggan yang mementingkan kesihatan.

Selepas makan sempat pula meninjau sekejap ke Proton City sebelum balik semula ke Kalumpang untuk kebabom. On the way ada sekatan jalanraya by polis. Then teringat about Sharlinie yang dah genap sebulan hilang. Rupanya polis check road tax.
Esok pagi sambung mandi sungai dan naik 4WD ke kolam air panas di sebalik sana bukit. Adventure gak naik nie. For the first timer macam kami nie, macam perak/jakun la sikit.

Air dia tak der la berbau macam sulfur seperti yang pernah diberitahu oleh Dak Anis yang selalu pergi kolam air panas di kampung halamananya, Baling. Kat Baling kuat bau sulfurnya. Ini almost tak ada bau. But wait... bau macam telur rebus adalah.
On the way balik, ingat nak singgah ke Serendah International Orchid Park tapi tak tahu di mana silapnya, tempat tu macam haunted jek. Asked around, orang pun tak tau pasal Orchid Park nie. Soheh dah tutup kedai nie... hmmmmm...
Sebelum tu sempat pulak menyinggah di SPLASH, on the way dari KKB ke Fraser's Hill. Hari tu masa pergi FH dah nampak tempat nie tapi tak menyinggah sebab masa naik dah malam sangat, and masa turun pulak subuh2 sepie. So tak berani ler nak berenti tak ketahuan kan.
Tapi best la tempat tu. Angin kuat betul. Pemandangan menarik. Sempat le budak berdua tu buat video clip high school musical versi mereka sendiri... hahahahaha....
Memang berangin betul tempat nie.
Wednesday, January 16, 2008
Sakit kepala
Lately.... hari-hari sakit kepala
Petanda diriku semakin tua
Hari senin sakit kepala kerana migrain
Hari thalatha sakit kepala kerana tekanan
Rabu pula hati dan perasaan dipukul-pukul
Kenestapaan itu mengundang buraian airmata
Lalu kepala mangsa seterusnya
Ingat nak buat water theraphy
Tapi malangnya bendera Jepun baru sehari
Berulang-alik ke ladies bukan pilihan mandatori
Di kala ini memang tak sior...
Petanda diriku semakin tua
Hari senin sakit kepala kerana migrain
Hari thalatha sakit kepala kerana tekanan
Rabu pula hati dan perasaan dipukul-pukul
Kenestapaan itu mengundang buraian airmata
Lalu kepala mangsa seterusnya
Ingat nak buat water theraphy
Tapi malangnya bendera Jepun baru sehari
Berulang-alik ke ladies bukan pilihan mandatori
Di kala ini memang tak sior...
Friday, November 03, 2006
Berpindah
Ramai yang bertanya kenapa blog ini tidak dikemaskini. Sebenarnya selain daripada vitamin M yang melanda, aku tidak dapat login ke blogger ini. Ini adalah kerana staff Facility Management especially the web marshall kat office aku ini, sangat komited kepada kerja mereka sehinggakan site ini pun menjadi taruhan. Agaknya ramai sangat blogger kat office ni. Sampaikan dorang terpaksa banned site ini. :(
Oleh sebab itu aku mengambil inisiatif memindahkan curahan rasa dan tinta keyboardku ini ke blogdrive. Namun begitu, virus M tetap mendominasi dalam aliran perasaan diriku ini menyebabkan rumah baru ku itu juga tetap sepi daripada menerima pengkemaskinian. Apa nak buat.... lately aku agak addicted dengan forum cari. Berforum mengisi masa bosan sebenarnya. :P
Subscribe to:
Posts (Atom)