Budget sederhana.
2D1N @ Kalumpang Training & Resot for RM200 is considered moderate. Facilities okay la tapi best sebab ada beberapa perkara "first time" atau "pertama kali" yang dibuat di sini.
Antaranya :-
1) .. kasi anjing makan.
2) .. naik 4 wheel drive for a quite an adventourous journey... naik bukit turun bukit yang curam untuk ke mata air panas di lembah bukit banjaran titiwangsa.
3) ..rendam kaki dan badan dalam kolam air panas.
Malam pergi JJCM ke Bandar Tanjung Malim. Since dah penat belasah jek order nasi putih and ayam goreng kunyit then menyakitkan tekak sebab kering belaka. Adik yang tak mengantuk bangat mengamuk-ngamuk dalam Cafe Kunyit Asli (katanya tanpa sedar) tak mahu makan dan memilih untuk menyambung tidur dalam kereta sahaja. Pada mulanya nak carik MCD tapi dah round satu Tanjung Malim sampai sesat ke Bernam Jaya tak ada jumpa. Lastly dorang setuju nak makan burger tepi jalan aja. Itu yang tak sempat makan dan tertidur. Lepas makan dan bayar ternampak notis yang menyatakan semua masakan adalah original dan tidak menggunakan MSG. Promosi yang bagus bagi pelanggan yang mementingkan kesihatan.

Selepas makan sempat pula meninjau sekejap ke Proton City sebelum balik semula ke Kalumpang untuk kebabom. On the way ada sekatan jalanraya by polis. Then teringat about Sharlinie yang dah genap sebulan hilang. Rupanya polis check road tax.
Esok pagi sambung mandi sungai dan naik 4WD ke kolam air panas di sebalik sana bukit. Adventure gak naik nie. For the first timer macam kami nie, macam perak/jakun la sikit.

Air dia tak der la berbau macam sulfur seperti yang pernah diberitahu oleh Dak Anis yang selalu pergi kolam air panas di kampung halamananya, Baling. Kat Baling kuat bau sulfurnya. Ini almost tak ada bau. But wait... bau macam telur rebus adalah.
On the way balik, ingat nak singgah ke Serendah International Orchid Park tapi tak tahu di mana silapnya, tempat tu macam haunted jek. Asked around, orang pun tak tau pasal Orchid Park nie. Soheh dah tutup kedai nie... hmmmmm...
Sebelum tu sempat pulak menyinggah di SPLASH, on the way dari KKB ke Fraser's Hill. Hari tu masa pergi FH dah nampak tempat nie tapi tak menyinggah sebab masa naik dah malam sangat, and masa turun pulak subuh2 sepie. So tak berani ler nak berenti tak ketahuan kan.
Tapi best la tempat tu. Angin kuat betul. Pemandangan menarik. Sempat le budak berdua tu buat video clip high school musical versi mereka sendiri... hahahahaha....
Memang berangin betul tempat nie.
No comments:
Post a Comment