Wednesday, July 29, 2009

Belasungkawa

Cikliah berceloteh lagi....

Berkongsi kesedihan dan keinsafan ini bersama rakan baik saya, Mariam Bakhtar Affendi aka CikYumm di atas kembalinya suami ke rahmatullah kerana kemalangan jalanraya. Almarhum suami CikYumm terlibat dalam kemalangan ketika dalam perjalanan pulang dari tempat kerja pada Isnin 27 Julai 2009 bersamaan 5 Syaaban 1430H.

Diberitakan motorsikal yang dinaiki almarhum bergesel dengan bas berdekatan persimpangan Tropicana dan menyebabkan almarhum jatuh.

Sayu rasa hati melihat dua orang puteri CikYumm yang masing-masing berusia 4 dan 1 tahun yang masih belum mengerti apa-apa ketika menziarahi jenazah di rumah semalam. Kali terakhir bertemu dengan almarhum adalah ketika majlis perkahwinan Ina Azell di Dengkil tempohari.

Salam takziah buat CikYumm dan keluarga. Tabahkan hatimu. Kuatkan semangatmu. Kukuhkan jiwamu. Semoga rohnya dirahmati Allah dan ditempatkan bersama-sama mereka yang beriman.

Al Fatihah...

4 comments:

Unknown said...

salam cik liah ..

tiap yang hidup pasti akan kembali kepada penciptanye ...

walaupun tak kenal kawan cik liah tu ..dapat bayangkan betapa sayunye keadaan especially anak-anak dia ..

JALAN REBUNG said...

salam cikliah ,

yang atas tu komen saya la ..tersilap pakai id org lain la pulak ..

working mom... said...

kak,

saya dah penah melaluinya..dan saya sgt2 faham bagaimana perasaan itu...sampaikan salam takziah saya utk kawan akak ye...semoga rohnya dicucuri rahmat...amin

~rupawan~

harsa said...

takziah buat cikyumm sekeluarga..semoga tabah menghadapi hari2 mendatang bersama anak2 tersayang..