Tinggal beberapa minggu sahaja lagi akan genap setahun Mak Utih aka Meekutih tinggal bersama-sama kami. Menceriakan hidup kami. Menggeletek hati kami dengan keletah dan aksi cutenya.
Terbayang-bayang wajah dengan hidung gerak2nya dibalik sliding door sekiranya ada yang menghampiri pintu. Dia tahu bila C Ganal akan membuka sliding door dan mengusap2 bulunya. Semasa dia masih kecil, dia akan dikelek bergilir oleh C Haloi dan C Ganal. Masih teringat wajah comelnya yang suka sangat tidur di belakang sofa. Tidurnya lipus sekali, macam mati. Bila dimandikan meronta2, tetapi bila dilapkan bulunya dengan tuala, dia diam memejamkan mati, kadangkala sehingga tertidur.
Cuma lately bila badannya sudah berat, kami sudah tidak larat menguruskannya. Dan dia agak agresif semenjak Peekaboo muncul. Saya telah berkali menyebut, sayang..tapi dah tak larat. Kadang-kala mulut celupar menyebut akan pengakhiran hidupnya.
Sabtu lalu, saya membuat lawak buat kesekian kalinya untuk menggulaikan badan deboknya itu. Ketika itu mereka dilepaskan dari kandang setelah hampir 5 hari terperuk di dalam sana. Saya mahu membersihkan kandang mereka.Meekutih dan Peekaboo akan membuat muka boring dengan dagu terlunjur ke depan dalam keadaan malas sekali jika sudah lama tidak dilepaskan. Apabila dilepaskan ke halaman, terloncat-loncatlah mereka menikmati sinaran matahari. Mereka saling berkejaran dan mengunggis segala tumbuhan yang ada sesuka hati mereka. Daun-daun kering turut menjadi santapan.
Saya akan tutup mana-mana lubang yang mungkin mereka boleh bolosi sebaik mungkin. Setakat ini hanya Peekaboo yang mampu bolos kerana badannya lebih kecil. Dia menyusup melalui lubang tepi pintu pagar yang agak lohong. Walaupun begitu, dia pandai masuk ke dalam kawasan berpagar semula.
Petang sabtu, kami ke Sunway Pyramid dan kemudiannya menziarahi Tokwan di Kelana Jaya. Saya tidak memasukkan Peekaboo dan Meekutih kedalam kandang mereka kerana masih mahu memberi peluang kepada mereka bermain-main diluar. Cage, food dan air saya angkat letak di hadapan. Normally saya letak dalam kawasan kandang. Selepas menutup pintu pagar saya telah cuba menutup semua lubang sebaik mungkin.
Pada pukul satu setengah pagi, kami pulang dari Kelana Jaya, kelihatan Meekutih berada diluar pintu pagar sampai tercari2 lubang untuk masuk semula. Peekaboo kelihatan tenang dan setia menanti di bahagian dalam. Terkejut juga melihat Meekutih berada di luar. Tak tahu dari mana dia keluar. Mungkin disebabkan matanya yang rabun dia hanya tahu jalan untuk keluar tapi tidak menjumpai jalan untuk masuk semula. Atau keadaan lubang itu sesuai untuk menyusup keluar tapi tidak untuk masuk semula. Saya membuka pintu pagar dan menyuruh mereka masuk. Both of them akur dan berlari-larian menuju ke kawasan kandang.
Disebabkan penat dan mengantuk, cage, food & air tidak saya masukkan ke dalam kawasan kandang. Kali terakhir saya menjenguk sebelum masuk tidur, kelihatan Meekutih dan Peekaboo keluar semula ke porch dan masuk ke dalam cage untuk makan dan minum. Itulah kali terakhir saya tengok Meekutih bernafas.
Pada keesokan harinya, kami temui dia terbaring dengan bulu-bulu yang berselerak dan mulut berdarah di atas jalan. Pada mulanya saya ingatkan dia menjadi mangsa anjing tetapi melalui pemerhatian saya, saya jangkakan she was hit by something. Innalillahiwainnailahirojiun……
Sampai jumpa lagi Meekutih… Terima kasih kerana telah mengisi hidup kami dan menceriakan kami. C Ganal dan C Haloi tidak menitiskan air mata atau bersedih hati kali ini. Yang merasa sayu adalah En Berlingo…..
Sayang Meekutih……
8 comments:
uwaaaaaaaaaaaaa...... sedihnya sedihnya.......sedihnyaaaaaaaaa......
sedihnya
kesian dia
uwaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaaa :(
bwa byk2 sabaq la yaa...
ada hikmah disebaliknya tuu..
patah tumbuh hilang berganti walaupun tak akan serupa
sabar lah dik ya..
CK
Kak emy tak suka ada pets tp sedihnya tengok. Rasa nak menitis air mata....
aduh saya tumpang sedih jugak..ish.! ..takziah diucapkan!
sebak nengok gambar meekutih terkulai atas jalan...sian! tak sempat la korang nak buat gulai...huhuhu
huh? mati pulak~ takper... nanti kalau yang lain dah membiak, ader plak yg ganti cik kutih tu... takper, arnab nih cepat biak.. lenkali jangan lupa kurung dorang sebelom tido lagi~
--------------------------
www.arnabkiut.blogspot.com
Post a Comment