Tuesday, January 25, 2005

Penangan duduk jauhhhh nun di ulu banat

Kasihan aleeya. Semalam (24/01/2005) dimarah dek cikgu Mak Syimah sebab tertidur dalam kelas alifbata. Kata cikgu mengantuk sebab tak mandi. So kesalahan itu terletak di batu jemalaku.
Kasihan nak kejutkan awal-awal pagi utk mandi. Pukul 6.30 pagi dah nak jalan. Sepatutnya by 6.00 dorang dah kena dah bangun utk mandi. Kasihannnn.. sejuk sangat time tu nak mandi. So angkat jek masuk berlingomerah then terus gi KL. Dah nak dekat sampai baru kejut tukor baju...
Sokmo2 berenti kat fish pond dekat rumah mak ani utk kemaskan diri. Basuh muka bagai.
Tapi aleeya selalu meradang kalau dibasuhkan mukanya. Sejukkk...

So tahun nie tak sampai 5 kali pon dia dimandikan dirumah. Hanya Ika jek. Since azrul selalu merungut lambat kalau dimandikan, dengan ika sekali tak mandi kat rumah.

Since last week dapat port baru, Surau Taman Maluri utk mandi dah bersiap2.

Pagi tadik cikgu mak Syimah puji aleeya sebab dah mandi.... cikgu tak tau rumah kita jauh agaknya... kasihan nak kejutkan awal2.

Kasihan anak2 ku....

Bagaimana aku dulu seusia mereka yea ?
ohhhh.... mak selalu bawak kami ke bendang. Letak dalam sampan.. kejap jer dok dalam sampan.... dah panas sket... yang nampak, hanya lah kepala 2 budak berlumpur.. berendam macam kerbau dalam bendang..... hahahahahaha ....
Kata mak, nanti tokwan akan datang mengambil kami ke rumahnya. sebab kasihan kan cucu2 yang berlumpur tu... Mak tak mahu hantar lagi sebab ada suara2 sumbang mengatakan makbapak menyusahkan tokwan kerana menyuruh arwah tok dan tokwan menjaga kami.
Ironinya, aku sendiri tidak mahu emak atau emak mertuaku menjaga anak2 ku kecuali jika benar2 terdesak. Sekali sekala tak mengapalah...

1 comment:

Ajemain said...

kesian kat aleeya ya. tulah... duduk lagi kat ulu banattttt...