Friday, June 25, 2004
24 June 2004 - Aduhai anak...
"Achi achi bukak pintu
Nana balik pukul berapa?
Nana balik pukul satuu...."
knock...knock....Aleeya Zafeera berlagu sambil mengetuk-ngetuk pintu bilik. Hati yang panas kerana keletahnya yang tidak mahu menurut kata tetiba bagai disimbah air. Tawaku meladak lalu memulas tombol pintu yang kukunci kerana tidak membenarkan dia masuk ketika aku mengemas bilik sebentar tadi....
"Iskkkk ... adik nie.... tak jadi ibu nak marah adik...", meledak tawaku di sambut senyum comelnya itu.
Itulah anak kedua ku yang hanya sesekali merajuk apabila kena marah...tapi cepat pula melupakah... budak-budak memang pemaaf.
Mampukah aku mendidik mereka sebaik-baiknya? Ya Allah... berikan aku kekuatan, kemudahan dan petunjuk dalam mendidik anak-anakku agar menjadi anak-anak yang solehah dan patuh kepada penciptaNya. Amin.....
Subscribe to:
Post Comments (Atom)
No comments:
Post a Comment