Thursday, November 10, 2011

Pelembab

Cikliah berceloteh lagi....

Salam all... lama tak ke udara...

Anakandaku berdua itu diketuai yang sulung sedang mabuk mencantikkan blog deme. Almaklomla dah merdeka sempena habis UPSR itu hari, so banyaklah masa terluang. Asik la dengan internet... salah aku jugak kot... sebab hari tu sebelum UPSR dok peringat kat dia, lupakan dulu internet menet sumer nie... lepas abis peksa esok, haaa... ko hadap la situ sampai buntang bijik mater... hmmm... memang mengadap sungguh pon...sampai lupa makan minum... geramnyer la hai..

Dah tengok suka sangat la si kakak tu explore sana sini... tanya sana sini,soh la dia hiaskan blog ni... udah jadi lembab la pulok. Adoiyaiii...guwe udah la spesis tokleh tolerate ngan kepelembaban internet ni...harus nak kena buang apa2 yang mepelembabkan downloading process nie....

Hmmmm... 

Sunday, June 26, 2011

Dilema pokok

Cikliah berceloteh lagi....

Lama betul tak bersiaran tup2 hari ni muncul dengan citer pokok pulak. Almaklumlah bak kata tuanpunya Kedai Jom Kahwin , saya ni pokotic (pokok fanatic) ;)

Ada sebatang pokok krismas or sebetulnya satu spesies pokok pine di halaman rumah yang telah berusia lebih 10 tahun. 10 tahun yang lalu, saya tanam dalam tin susu jer. Beli  dengan harga RM12 di nurseri Sungai Buloh semasa dok ulang-alik dari Pandan Indah ke SU melawat rumah yang ketika itu dalam pembinaan. Dok dalam tin susu 2 kg tu memang kecik cenonet jer lah...
Bila dah pindah ke sini, pokok tu dipindahkan ke atas tanah dan sekarang dah besar panjang melepasi pergola. Kenapa pokok pine? Sebab saya memang minat dengan pokok pine ni dan maintain pon tak susah.. tak payah sapu daun gugur bagai.

Baru-baru ni my mom melahirkan rasa tidak senangnya dengan pokok pine tuh dan dia soh saya tebang pokok tu. Ada orang bagitau dia, tak elok tanam pokok tu di halaman rumah; jadi teduhan syaitan dan iblis.

Saya tak pasti pasal perkara tu tp saya berpendapat tiada salahnya pokok pine tu, sama seperti pokok2 yang dikatakan tidak elok ditanam di hadapan rumah seperti pokok ciku, pisang, buluh kuning dan kelapa gading, melainkan sekiranya mendatangkan kemaslahatan dari segi keselamatan. Contohnya pokok buluh dekat dengan rumah mungkin mengundang ular membuat sarang. Saya pernah tanam pokok pisang emas depan rumah, malangnya mati begitu sahaja. Rasanya bukan faktor hantu syaitan tapi sebab jarak yang terlalu dekat dengan pokok sukun menyebabkan tidak cukup nutrien utk both pokok.

Sekiranya dikatakan sekian-sekian pokok tidak boleh ditanam di halaman rumah adalah berkaitan dengan hantu syaitan, saya berpandangan ini tidak benar. So far saya tidak pernah berjumpa nas atau hadis yang melarang penanaman pokok pine ni. Saya bagitau my mom mengenai pandangan saya tu dan saya bagitau akan cari hukum mengenai perkara ni. Hari ni tergerak hati nak cari info pasal tu dan saya temuinya di sini.

Petikan mengenai perkara tersebut disertakan di sini

Keempat : HUKUM BERKAITAN POKOK / POHON KRISMAS ITU :

“ Pokok Krismas “ itu asalnya ialah Pokok Pain. Bezanya dengan Pokok Pain ialah pokok pain tidak mempunyai sebarang lampu kelip-kelap dan kad-kad ucapan serta tidak pula disucikan untuk beribadah. Manakala pokok Krismas pula ialah pokok pain yang dihiasi dengan lampu kelip-kelap , kad-kad ucapan dan dipercayai pula mempunyai kuasa dan semangat yang dikaitkan dengan kepercayaan ( Aqidah ) masyarakat Kristian .

Oleh itu , jika seseorang itu menanam ataupun menghiasi rumahnya dengan pokok itu ( Pokok Pain ) , sama ada dengan tujuan sebagai pohon hiasan ataupun pohon pelindung ( daripada cuaca yang panas ataupun angin yang kuat ) , maka TIDAKLAH MENGAPA ( tidaklah berdosa ) .

Jika ianya dijadikan sebagai satu ritual ibadah ( Pokok Krismas ) , ataupun dipercayai ianya mempunyai kuasa untuk menghalau hantu dan mambang , maka kepercayaan ini ->TIDAKLAH BERASAL DARI ISLAM , MALAHAN IANYA ADALAH SATU KHURAFAT KAUM KRISTIAN YANG BERASAL DARIPADA JERMAN KUNO !.

Jika ianya sengaja dihiasi oleh umat Islam itu sendiri di dalam rumah-rumah mereka dengan lampu kelip-kelap ataupun dengan kad-kad ucapan, tanpa adanya sebarang niat untuk meniru-niru tatacara ibadah kaum Kristian -> MAKA PERBUATAN ITU TIDAKLAH SEPATUTNYA DILAKUKAN . Bukankah masih banyak cara untuk menghiasi rumah selain daripada meniru-niru cara masyarakat Kristian itu !? .

Seseorang isteri yang kerap-kali menghiasi rumahnya , khasnya ruang dalaman rumah ( interior ) , tentu akan mendapati bahawa bukannya senang untuk menghiasi rumah dan mengemasnya agar sesuai dengan cita-rasa ahli-ahli rumah itu , khasnya suaminya. Lantaran itu, bukanlah sedikit masa yang diperlukan oleh seseorang itu untuk mencari ide dan melaksanakannya. ( Dan masa untuk itu tentu akan semakin tidak ada bagi wanita-wanita moden yang sibuk berkerja walhal si suami sendiri mampu menanggung kos hidup dengan mewah ! ) . Walaupun begitu, bukankah lebih baik agar tidak kita terikut-ikut dengan gaya masyarakat Kristian di dalam hal mengemas rumah sehingga perlu kita bertaqlid 100% dengan cara mereka dan sampaikan pokok Krismas pun mahu kita jadikan hiasan rumah !? .

Menghiasi rumah memanglah satu tuntutan agar jiwa para penghuninya aman dan tenteram . Dan ianya pula merupakan salah-satu kewajipan si isteri sebagai salah-cara mengekalkan kerukunan rumah-tangga dan menambat hati si suami. Namun , itu bukanlah alasan untuk dibolehkan sebarang hiasan yang ada kaitannya dengan agama-agama selain Islam sbg mana halnya Pokok Krismas itu.

Kalau hendak ditanam juga, tanam sahajalah pokok Pain itu di luar rumah ataupun di dalam rumah. Tapi , jangan pula ianya dihiasi dengan hiasan-hiasan yang biasa digunakan oleh masyarakat Kristian. Kita bimbang, tujuan asal untuk hiasan itu boleh bertukar pula dengan perasaan bermegah-megah dengan tatacara kehidupan Kaum Kristian.

Wallahualam...

Selamat ngko pokok pine.... ;)
~Cikliah suka bau 'pine'...

Friday, March 25, 2011

Turun naik

Cikliah berceloteh lagi....
Selamat bertemu kembali...

sudah lama tidak menulis di sini... alasan lazim, tak ada idea... :P
Dan lagi rasa bersalah jika menulis santai di sini dengan rajin dan tekunnya, tiba-tiba sangat malas dan tidak beridea untuk menyiapkan tugasan especially on writing part..
Sangat susah menulis an academic paper. Sesusah 'membaca'nya...;)


Ya Allah, permudahkanlah bagiku segala sesuatu yang susah.. kerana memudahkan yang susah itu adalah mudah bagiMU....
Amin...

Sunday, January 02, 2011

Semester baru

Cikliah berceloteh lagi....

Anak-anak kembali ke sekolah lagi 2 hari. So do I. Baru jer tengok jadual which is mungkin dah lama ada kat dalam student portal. Cumanya daku yang ignorant ini jer yang baru nak ambik tahu. Almaklom lah dah berbelas tahun tinggalkan bangku sekolah. Sekarang ni sangat mudah dengan teknologi baru dan kemudahan internet. Semuanya online. ilearn la.. icress laaa..

SMS June tanya how to re-register. June kata tak payah. Just datang kelas on Monday terus. Jadual dah boleh check kat icress. Check punya check... alamak... semua kelas start pukul 8.30 pagi... and the most hectic day will be on Tuesday. 2 kelas bersambung dari 8.30 am - 11.20 am then satu kelas lagi 11.30 am - 2 pm. Hanya ada break 10 mins. Kalau ikut last sem ade je lecturer tak habiskan 3 jam lecture tu. Just utilize about 1 1/2 hour then class dismissed. Kalau subject yang best dan lecturer pon best, rasa sayang la pulak masa kelas dipendekkan sebegitu rupa. Since tuesday ada 2 kelas, so hanya 3 hari je dalam seminggu ada kelas. Jimat sket duit minyak... ;)

Monday, December 27, 2010

Xin chào

Cikliah berceloteh lagi....

Xin chào (pronounced as 'seen chaw') means Good Afternoon in Vietnamese.
We already been here since Friday, 24th Dec 2010. Tomorrow we will fly back to Malaysia and expected to touch down at 7.20 pm.

Short notes on our visit here :-

Day 1 - Flight to Vietname by Vietnam Airlines @ 2.30 pm
Day 2 - Visited the War Museum, Post office, Notre Dame Cathedral, China Town and sorrounding Ho Chi Minh City
Day 3 - My Tho (Mekong Delta) and Ben Thanh Market
Day 4 - Chu Chi (pronounce as 'Ku Chi') Underground Tunnel
Day 5 - Check out and somemore jalan2 and shopping and fly back to KLIA

Will update with more stories and pictures later...

#Too bad, facebook is blocked by Vietnam Government !