Wednesday, December 08, 2004

Apa sebenarnya ?

Lama jugak aku tak menulis di sini. Serasa tak ingin menarikan jari jemariku di sini lagi.
Tapi kadangkala terasa ingin pula menulis meluah perasaan.
Aku tertanya2 apakah tujuan blog sebenarnya....
Kalau tak salah aku menurut kat Encik Azli Paat dalam satu rancangan radio di RMKL blog sebenarnya berasal dari perkataan weblog dan akhirnya dipendekkan menjadi blog sahaja.
Kalau begitu blog nie seolah2 log lah.. tetapi ianya lebih istimewa sebab berada diweb. Begitu kah ?

Friday, September 24, 2004

Life goes on

come on... come on...
cheer up !!!!

lupakah kisah yang lalu
jadikan iktibar segala yang telah berlaku

yang baik buat teladan
yang buruk jadikan sempadan...

Saturday, July 31, 2004

AF mania-->Agaknya giliran siapa keluar malam ni yea... second last concert to get top 5

Jangkaan :- Bob

Mungkin ya... atau mungkin tidak...

http://www.akademifantasia.net

What ??? Working on Saturday ??? arrghhhhhh....

Datang opis.... kena setel masalah TIME Gold.. MIU dah gemuk gara2 jurisdiction splitting between IDD fixed & IDD mobile.

Thong kasik duit soh beli nasik lemak... yang sedap2 kata dia...Nak lauk sotong.
Ingat nak pi beli sik lemak tangling. Tapi terlanjur nak jumpa Kham utk pick up vitamins, terus la ikut dia pi beli kat Pusat Penjaja Jalan Duta tuh. Beli nasik lemak lauk sotong kat gerai Kak Chik yang terkenal dengan mee udangnya.... "mee udang miti". Sedap jugak nasik lemak dia nie.

Adik dengan Ika pi PJ ikut ayah depa.


Thursday, July 08, 2004

Sahabat ... perjuangan ibadah kita...

Hakikat insan dihidupkan...
Dimatikan bila tugas selesai...
Itulah janji kita.....

Sahabat...
Apa lagi yang tak pasti
Kebatilan akan pastinya musnah
Kebenaran pasti kan menjelma
Itulah janji Allah....